CSR di Rumah Anak Yatim Sri Sai

CSR di Rumah Anak Yatim Sri Sai

13 NOVEMBER 2020

Pharmaniaga telah menjalankan aktiviti CSR di Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai Selangor yang terletak di Klang, Selangor, Selasa lalu. Penghuni rumah ini terdiri daripada 50 orang bayi dan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 15 tahun, 8 orang warga tua dan 4 orang pekerja.

 

Dengan kerjasama Mdm. Raneswary Amma, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai Selangor, kami telah menyalurkan sumbangan keperluan asas seperti tilam dan laci plastik. Pihak syarikat berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan meningkatkan tahap keselesaan mereka di rumah tersebut sekali gus dapat menaikkan semangat mereka bagi menyambut perayaan Deepavali.

 

#pharmaniagaprihatin