Ujian Saringan COVID-19 untuk Warga Pharmaniaga

Sumbangan GENGIGEL kepada pesakit COVID-19

23 SEPTEMBER 2020

Dalam usaha membendung penularan COVID-19, antara langkah paling penting adalah mengenal pasti pesakit yang dijangkiti dengan secepat mungkin, agar mereka boleh diasingkan daripada orang sihat dan diberikan rawatan.

 

Syarikat Pharmaniaga telah mengambil langkah proaktif dengan menjalankan ujian saringan COVID19 bagi warga kerja Syarikat yang tinggal di zon merah di setiap cawangan Pharmaniaga di seluruh negara. Ianya bagi memastikan pengesanan awal jangkitan itu dan mengelakkan wujudnya kluster baharu di tempat kerja seperti yang disarankan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

 

#kitajagakita #COVID19 #pharmaniagaprihatin

ujian1
ujian2