Lawatan Kerja Menteri Pertahanan Malaysia ke pejabat PT MPI Tbk

29 April 2024

PT Millennium Pharmacon International (MPI) Tbk, anak syarikat Pharmaniaga di Indonesia telah berbesar hati menerima lawatan kerja YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia ke pejabat cawangannya di Bogor. Di samping menyaksikan sendiri operasi yang dijalankan oleh MPI, YB Menteri Pertahanan juga diberi taklimat berhubung hala tuju, potensi pelaburan dan strategi perniagaan Pharmaniaga di Indonesia.
Hadir sama adalah Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md. Hasrin Tengku Hussin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak. Manakala dari pihak Pharmaniaga adalah Pengerusi En. Izaddeen Daud; Pengarah Eksekutif, En. Zulkifli Jafar; ahli-ahli Lembaga Pengarah, Dr Abdul Razak Ahmad, Cik Sarah Azreen Abdul Samat serta Drs Imam Fathorrahman; dan President Director En. Ahmad Abu Bakar mewakili pihak pengurusan MPI.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri Pertahanan dan delegasi atas lawatan kerja ini.