Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

 

18 August 2022

Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh ahli lembaga pengarah dan barisan pengurusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad telah diadakan pada 18 Ogos 2022 di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Lafaz ikrar tersebut diketuai Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga Berhad dan diikuti oleh semua ahli lembaga pengarah serta 85 orang kakitangan pengurusan, dan disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Hj. Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Ridzuan Abdul Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor.
Majlis IBR ini diadakan bagi menunjukkan komitmen melaksanakan tugas dengan penuh amanah, elak rasuah dan salah guna kuasa.
Bagi melengkapkan agenda majlis, Tuan Azuan Azhar, Ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM telah memberi taklimat ringkas dan berkongsi ilmu mengenai “Memerangi Rasuah Dalam Sesebuah Organisasi.”

Turut hadir adalah Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan; En. Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan; barisan ahli lembaga pengarah iaitu Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly; Dr Abdul Razak Ahmad; En. Izaddeen Daud; Cik Sarah Azreen Abdul Samat; Dr Mary Jane Cardosa; barisan kanan dan kakitangan Pharmaniaga.