Majlis Makan-Makan Raya Pharmily di Bukit Raja, Shah Alam

7 May 2024

Sebelum berakhirnya Syawal, pihak Syarikat telah menganjurkan Majlis Makan-Makan Raya Pharmily di Bukit Raja, Shah Alam pada 7 Mei 2024. Bertemakan ‘Glamorous Raya’, setiap jabatan diberi kebebasan untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam menghias booth makanan dan memperagakan pakaian masing-masing. Pelbagai juadah menarik juga telah disediakan untuk dinikmati bersama. Pihak Syarikat mengucapkan terima kasih kepada semua warga Pharmily yang telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi hiasan booth terbaik, pakaian tercantik dan pemenang untuk pertanding kecerian Lip Lap Raya Pharmily! Semoga majlis ini dapat mengukir senyuman kegembiraan kepada anda semua. Selamat Hari Raya!