Penyerahan Zakat Perniagaan di Majlis Zakat Korporat 2021

Penyerahan Zakat Perniagaan di Majlis Zakat Korporat 2021

3 December 2021

Pharmaniaga telah menyerahkan zakat perniagaan yang berjumlah RM1.98 juta kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pada Majlis Zakat Korporat 2021. Serahan tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat Pharmaniaga kepada Datuk Seri Syed Al-Habshee, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. Sesi penyerahan zakat ini turut disaksikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dan Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah JAWI. Semoga sumbangan ini dapat membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.
263558276_4581576405256179_4735510381654955550_n
263939021_4581576305256189_1068058354673287635_n (1)
263638964_4581576285256191_5553323840495068159_n