Program Karnival Kerjaya MyCareer@MOHE 2022

Program Karnival Kerjaya MyCareer@MOHE 2022

 

15 November 2022

Program Karnival Kerjaya MyCareer@MOHE 2022 (Zon Timur) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah diadakan di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 14-15 November 2022. Karnival kerjaya ini bertujuan membantu bakal graduan atau pencari kerja mendapatkan akses maklumat kerjaya dan peluang pekerjaan, termasuk penempatan latihan industri. Pihak Pharmaniaga berharap karnival ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada mereka yang hadir dan menjadi platform untuk membina kerjaya yang diimpikan. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan ini.