Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Pulau Pinang

 Program Ziarah Terima Kasih Cikgu di Pulau Pinang

 

3 August 2022

Program Ziarah Terima Kasih Cikgu dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pharmaniaga Berhad dan Yayasan Didik Negara (YDN) telah meneruskan siri ke-limanya dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang pada 3 Ogos 2022. Wakil-wakil daripada Pharmaniaga, JPN, dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah melawat bekas guru SK Permatang Janggus, En Mohamad Nadzir Che Mey @ Ismail di rumahnya. Beliau mengidap beberapa penyakit kronik yang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong, penglihatan kabur serta pergerakan yang sangat terbatas. Mewakili Pharmaniaga adalah Pn Noor Shahida Ahmad, Ketua Jabatan Kawalan Kualiti, Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd (IPMSB) Sungai Petani yang telah menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian dan peralatan penjagaan kesihatan untuk meringankan beban beliau. Turut hadir adalah Pn Salhaida Salleh, Penolong Pengurus Sumber Manusia & Tadbir IPMSB; En Yusaidi Ahmad, Kaunselor Pendidikan Daerah Sungai Petani Utara dan En Mohd Bukhairi Zainal Abidin, Penolong PPD Pra-sekolah dan Rendah. Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan bebanan yang ditanggung dan dianugerahkan kesihatan yang lebih baik, insya-Allah.