Sumbangan Pharmaniga Prihatin kepada Frontliners

Sumbangan Pharmaniaga Prihatin kepada Frontliners

9 September 2021

Sempena Program Pharmaniaga Prihatin, pihak Syarikat telah menyumbangkan sejumlah 10 unit pembersih air (water purifier) dan 30 unit walkie-talkie kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan pembersih air ini akan diletakkan di 10 wad, termasuklah wad COVID-19, manakala walkie-talkie pula bagi memudahkan proses komunikasi di antara petugas-petugas HKL. Sumbangan ini telah diberikan oleh Encik Mohamed Iqbal Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga kepada Dr. Rohana binti Johan, Pengarah HKL. Sesi penyerahan sumbangan ini disaksikan oleh Encik Abdul Malik Mohamed, Pengarah Logistik dan Edaran, Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat, Encik Muhammad Khairi bin Abdul Rahmad, Ketua Unit Komunikasi Korporat HKL dan Hj. Ridzoni Sulaiman, Ketua Jabatan Dietetik Sajian HKL.