Agihan Sumbangan kepada Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah

Agihan Sumbangan kepada Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah

28 April 2022

Pharmaniaga Research Centre telah memberikan sumbangan kepada 38 orang warga emas yang menetap di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 28 April 2022. Sumbangan yang diberikan adalah barang makanan seperti beras, minyak masak, tepung, bihun, gula, bahan-bahan mentah, pakaian, pelitup muka, pensanitasi tangan dan Perozin. Pihak Syarikat berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada mereka.