Aktiviti Perkhemahan & ‘Treasure Hunt’

Aktiviti Perkhemahan & ‘Treasure Hunt’

 

31 Disember 2022

Sebelum melabuhkan tirai tahun 2022, Kelab Sukan dan Rekreasi Pharmaniaga Juru telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Aktiviti Perkhemahan & ‘Treasure Hunt’ di Denai Kabus, Gerik pada 30 dan 31 Disember lalu.  Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan dan mengimarahkan lagi hubungan serta ukhuwah antara warga kerja Pharmaniaga Juru. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sukan rakyat, flying fox, memandu ATV dan solat berjemaah. Semoga program ini dapat memberikan motivasi dan semangat untuk memulakan tahun 2023 buat semua peserta.