Aspirasi Rendah Karbon 2040

Aspirasi Rendah Karbon 2040

 

26 September 2022

Bagi menyahut seruan Kerajaan di bawah inisiatif Aspirasi Rendah Karbon 2040, Pharmaniaga telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) yang akan digunakan untuk penghantaran ubat-ubatan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang. EV milik Pharmaniaga ini telah dilancarkan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang, Panglima Angkatan Tentera dan disaksikan oleh Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ke-50 di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, Pahang.

 

Operasi penghantaran menggunakan EV baharu ke klinik-klinik kesihatan dan hospital-hospital Kerajaan akan bermula pada bulan Oktober ini. Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha kelestarian jangka panjang Syarikat dalam mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG), dan pada masa yang sama menyokong seruan Kerajaan untuk pelepasan rendah karbon di bawah inisiatif Aspirasi Karbon Rendah 2040. Turut hadir, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Laut; Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara), Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT); Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holding Berhad dan Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif LTAT.