Bantuan Zakat kepada keluarga Asnaf

15 March 2023

Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Sungai Petani (IPMSB SP), anak syarikat Pharmaniaga dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah memberikan bantuan zakat sebanyak RM82,000.00 kepada dua buah keluarga yang memerlukan untuk membina dan membaik pulih rumah mereka. Sesi penyerahan zakat ini telah disempurnakan dengan lawatan oleh pihak IPMSB SP dan LZNK ke rumah-rumah penerima zakat untuk melihat sendiri keadaan tempat tinggal mereka. Pihak Syarikat berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa untuk mereka sekeluarga.