Borak Bersama Datuk MD

Borak Bersama Datuk MD

26 January 2022

Program santai “Borak Bersama Datuk MD” telah diadakan pada 26 Januari di Pharmaniaga Manufacturing Berhad (PMB), Bangi. Sesi dimulakan dengan sarapan pagi bersama Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga dan seluruh warga keluarga PMB. Program ini juga membuka ruang kepada kakitangan untuk berkongsi tentang pencapaian Syarikat sepanjang tahun 2021 dan perbincangan mengenai matlamat serta hala tuju Syarikat untuk tahun baharu. Semoga Syarikat dan warga keluarga Pharmaniaga bersama-sama dapat memulakan tahun baharu ini dengan lebih bersemangat dan keazaman yang lebih membara!