Brisk Walk Merdeka

14 August 2023

Lebih 50 orang warga kerja Pharmaniaga Manufacturing Berhad (PMB) di Bangi telah menjayakan program ‘brisk walk’ baru-baru ini. Program yang diadakan pada setiap pagi Isnin sepanjang bulan kemerdekaan ini merupakan salah satu inisiatif Syarikat untuk memupuk semangat patriotisme serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja PMB.