Brisk Walk with Top Management

10 August 2023

Lebih 50 orang warga Pharmaniaga Bukit Raja telah menjayakan program ‘Brisk Walk with Top Management’ bersempena dengan kempen Do It Right Always syarikat, semalam. Program santai yang mengambil masa kira-kira 20 minit mengelilingi bangunan Pharmaniaga ini diadakan sebagai salah satu medan ramah mesra antara pihak pengurusan bersama warga Pharmaniaga. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan. Menariknya, program ini turut dijalankan di semua cawangan Pharmaniaga di seluruh Malaysia pada minggu yang sama. Semoga program ini dapat menjadi pemangkin amalan gaya hidup yang sihat, bertenaga dan gembira selalu dalam kalangan warga Pharmaniaga.