‘Conquer District 21, Conquer Your Fear’

20 January 2024

Kelab Sukan dan Rekreasi Pharmaniaga Bukit Raja telah menganjurkan program ‘Conquer District 21, Conquer Your Fear’ di IOI City Mall, Putrajaya bersama lebih kurang 60 kakitangan Pharmaniaga yang telah menyahut cabaran tersebut. Program ini bertujuan memberi peluang kepada setiap peserta untuk mencabar diri dengan aktiviti sukan ekstrem seperti ‘maze’, ‘free fall’, ‘tubby ride’ dan banyak lagi bagi membantu peserta meningkatkan tahap keberanian dan ketangkasan diri. Terima kasih kepada semua peserta kerana telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi satu kenangan yang penuh bermakna buat semua! 💪🏻🤩.