Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai

Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai

13 NOVEMBER 2020

Aktiviti CSR telah dijalankan di Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai yang terletak di Klang, Selangor.

Penghuni rumah ini terdiri daripada 50 orang bayi dan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 15 tahun, 8 orang

warga tua dan 4 orang pekerja. Dengan kerjasama Puan Raneswary Amma (Pengasas Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Sri Sai),

kami telah menyalurkan sumbangan keperluan asas seperti tilam dan laci plastik. Pihak syarikat berharap agar sumbangan ini

sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan meningkatkan tahap keselesaan mereka di rumah tersebut.