Hari Belia Negara 2022

Hari Belia Negara 2022

 

24 September 2022

Sekitar kemeriahan Hari Belia Negara 2022 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang (PBSKBB) dengan kerjasama Majlis Belia Kawasan Bukit Bintang (MBKBB) dan Kelab Sukan Kecergasan Fievo (FIEVO), yang telah berlangsung di perkarangan Malaysian Tourism Centre (MaTic), Kuala Lumpur pada 24 September 2022.

 

Pharmaniaga telah membuka gerai jualan produk Citrex Vitamin C, serta menyediakan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah dan paras gula secara percuma kepada pengunjung. Turut hadir adalah Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga serta Dato’ Najmuddin Abdullah, Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Pharmaniaga.