HR Asia Award 2022

HR Asia Award

 

14 Disember 2022

Pharmaniaga Berhad, antara syarikat farmaseutikal terbesar di Malaysia telah diiktiraf sebagai salah satu ‘Best Companies to Work for 2022’ di HR Asia Award yang diadakan baru-baru ini di One World Hotel, Petaling Jaya. Pengiktirafan cemerlang daripada HR Asia ini adalah bukti komitmen syarikat dalam melaksanakan amalan sumber manusia terbaik di seluruh Kumpulan untuk memastikan tahap penglibatan pekerja yang tinggi dan budaya tempat kerja yang cemerlang. Penerima anugerah telah diwakili oleh En. Asyraf Nasharuddin, Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, serta diiringi oleh kakitangan dari pelbagai jabatan.