Inauguration Ceremony of PT MPI Tbk Distribution Cooperation with PT Marketama Indah

5 December 2023

Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Pengedaran di antara PT Millennium Pharmacon International Tbk (PT MPI) dengan PT Marketama Indah (PT Marketama) telah pun berlangsung dengan jayanya di ibu pejabat PT MPI, Jakarta Selatan pada 1 November yang lalu. Perjanjian kerjasama ini telah ditandatangani oleh Bapak Ahmad Abu Bakar, Pengarah Utama PT MPI dan Ibu Leta Tejaya, wakil daripada PT Marketama. PT Marketama merupakan syarikat pengeluar produk minuman kesihatan dan barangan kegunaan harian. Semoga dengan kerjasama pengedaran ini, kedua-dua pihak dapat memperluaskan pasaran mereka untuk kebaikan bersama.