Inisiatif Bantuan Mangsa Gempa Bumi Sumatera Barat

Inisiatif Bantuan Mangsa Gempa Bumi Sumatera Barat

25 February 2022

PT. Millennium Pharmacon International TBK (MPI), anak syarikat Pharmaniaga di Sumatera Barat, Indonesia telah mengambil inisiatif dengan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Pasaman Barat, Sumatera Barat pada 25 Februari 2022. Penyerahan bantuan ini telah dijayakan oleh karyawan PT. MPI dengan kerjasama GP Farmasi Sumatera Barat. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kesusahan dan emosi ditanggung mangsa.