Kempen Derma Darah IPMSB SI

21 November 2023

Alhamdulillah, lebih 30 orang kakitangan anak syarikat Pharmaniaga Berhad, Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Seri Iskandar (IPMSB SI) telah tampil untuk menderma darah di dalam sebuah Kempen Derma Darah anjuran IPMSB SI hari ini. Semoga kempen ini dapat membantu menyelamatkan nyawa insan-insan yang memerlukan dan mempromosikan kebaikan menderma darah.