Kerjasama strategik antara PLS dan WH Medicare

Kerjasama strategik antara PLS dan WH Medicare

6 Ogos 2021

Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Berhad telah memeterai perjanjian kerjasama strategik untuk membekalkan dan mengedarkan sebanyak 250,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac kepada WH Medicare Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Qhazanah Sabah Sdn Bhd pada 6 Ogos 2021 bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). Perjanjian itu ditandatangani oleh Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga dan En Rudy Jaglul, Pengarah Eksekutif WH Medicare. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Tuan Hj Rusdin Riman, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Md Salleh Said Keruak, Pengerusi Qhazanah Sabah, Tuan Hj Mohd Shukor bin Abdul Mumin, Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah dan Datuk Dr Johnson Tee, Pengerusi WH Medicare.