Kunjungan daripada Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Kelantan

21 February 2023

Pharmaniaga berbesar hati menerima kunjungan daripada Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Kelantan (RMIC UMK) yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor RMIC, Prof. Ts. Ir. Dr. Julie Juliewatty Mohamed, Pengarah Kanan RMIC serta beberapa pegawai lain. Bertempat di premis Syarikat di Bukit Raja, kunjungan tersebut bertujuan untuk berbincang mengenai potensi kolaborasi penyelidikan dan inovasi demi manfaat dan pembangunan negara. Turut hadir mewakili pihak Pharmaniaga Dr Ajit Pal Singh Raina, Ketua Hal Ehwal Saintifik, Puan Ida Marianna Abdul Rashid, Pengarah Pembangunan Perniagaan serta Encik Mohd Nazrul Aswad Abdullah, Pengurus Besar Kanan.