Kunjungan Hormat ke Institut Kesihatan Turki (TUSEB)

Kunjungan Hormat ke Institut Kesihatan Turki (TUSEB)

30 March 2022

Dr. Abdul Razak Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga, En. Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan bersama beberapa kakitangan Pharmaniaga telah berkesempatan mengadakan sesi kunjungan hormat terhadap Institut Kesihatan Turki (TUSEB) pada 30 Mac 2022. TUSEB merupakan pusat pembangunan vaksin COVID-19 di Turki iaitu ‘Turkovac’. Selain itu, mereka juga mempunyai beberapa jenis vaksin lain di dalam perancangan.