Kunjungan ke Tapak Pembinaan Semula Rumah Encik Che Aziz

Kunjungan ke Tapak Pembinaan Semula Rumah Encik Che Aziz

31 January 2022

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.’ Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga telah berkunjung ke tapak pembinaan semula rumah En. Che Aziz Che Teh yang telah terbakar di Kg Kubang Palas, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan pada 14 Oktober 2021. Ini adalah lawatan susulan kedua Datuk Zulkarnain ke tapak pembinaan tersebut, di mana lawatan pertama telah diadakan pada 9 November 2021 yang lalu. Persetujuan untuk membina semula rumah En. Che Aziz ini adalah kerjasama di antara pihak UAC Berhad yang telah bermula sejak bulan Disember 2021. Setakat hari ini, 80% pembinaan telah siap dijalankan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Februari tahun ini.