Lawatan ke Gudang Baharu Syarikat

Lawatan ke Gudang Baharu Syarikat

 

8 November 2022

Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan bersama pihak pengurusan atasan Pharmaniaga telah mengadakan lawatan kerja ke gudang baharu Syarikat di Hap Seng Business Park, Seksyen 23, Shah Alam baru-baru ini. Lawatan ini diadakan bersempena perasmian gudang baharu dan memberi ruang kepada pihak pengurusan atasan untuk mengadakan sesi beramah mesra bersama warga kerja. Lawatan ini disempurnakan lagi dengan bacaan Yasin, solat hajat secara berjemaah dan doa selamat. Turut hadir, En. Mazri Abdul Rahim, Ketua Pegawai Sumber Manusia; En. Abdul Malik Mohamed, Pengarah Logistik dan Pengedaran, En. Zulhazri Razali, Pengarah Komersial serta pihak pengurusan Pharmaniaga.