Lawatan ke Serum Institute of India Pvt Ltd

Lawatan ke Serum Institute of India Pvt Ltd,

5 April 2022

Sekitar lawatan kerja Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad bersama pihak Pengurusan Syarikat ke Serum Institute of India Pvt Ltd, pada 5 April 2022. Serum Institute of India merupakan salah satu syarikat pengeluar vaksin terbesar di dunia. Syarikat ini telah mengeluarkan dan menjual lebih daripada 1.5 bilion dos vaksin seperti vaksin Polio, Diphtheria (sakit kerongkong), Tetanus (kancing gigi), Pertussis (batuk kokol), Rubella dan lain-lain.