Lawatan kerja MITI dan MIDA ke Pharmaniaga

7 February 2023

Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang diketuai oleh Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI serta Pn. Azlina Hamdan, Pengarah Bahagian Sains Hayat & Teknologi Perubatan MIDA telah membuat lawatan kerja ke Pharmaniaga Manufacturing Berhad (PMB), Bangi pada 7 Februari 2023. Lawatan ini diadakan untuk membentangkan operasi perniagaan dan membincangkan pelan pembangunan Syarikat agar ianya selaras dengan inisiatif di bawah MITI bagi sektor farmaseutikal. Terima kasih kepada pihak MITI serta MIDA kerana sudi meluangkan masa untuk melawat premis Pharmaniaga di Bangi. Pihak Syarikat berharap dengan lawatan ini, Pharmaniaga dan MITI beserta agensi-agensi dibawahnya dapat bekerjasama dengan jayanya pada masa akan datang. Turut hadir, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan, En. Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan, En. Mohamed Iqbal Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Dr Badarulhisam Abdul Rahman, Ketua Pegawai Saintifik dan barisan pengurusan Pharmaniaga.