Lawatan Kerja ke Johor Bahru

Lawatan Kerja ke Johor Bahru

19 June 2022

Baru-baru ini, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga telah mengadakan lawatan kerja untuk bertemu dengan kakitangan Pharmaniaga yang bertugas di Wilayah Selatan Johor dan Melaka. Lawatan ini telah diadakan di pejabat baharu Pharmaniaga di Nusajaya, Johor Bahru. Pada pertemuan tersebut, Datuk Zulkarnain telah berkongsi strategi mengenai hala tuju Syarikat dan menerima maklum balas daripada kakitangan untuk menambah baik serta memantapkan lagi operasi Syarikat di Wilayah Selatan. Turut hadir, Encik Zulhazri Razali, Pengarah Komersial dan Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat.