Lawatan Kerja MATRADE ke PMB

16 February 2023

Pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah membuat lawatan kerja ke Pharmaniaga Manufacturing Berhad (PMB), Bangi. Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan potensi Syarikat sebagai kumpulan farmaseutikal terbesar di Malaysia serta mengenal pasti peluang kolaborasi selaras dengan perancangan strategik kedua-dua pihak tersebut. Kami berbesar hati menerima kehadiran Encik Amran Yem, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran MATRADE, Puan Razida Hanim Abdul Razak, Pengarah Seksyen Gaya Hidup dan Sains Hayat MATRADE, Encik Abdul Halim Mohamed Shariff, Pengurus Kanan Seksyen Gaya Hidup dan Sains Hayat MATRADE serta Encik Mohd Shafiq Nasarudin Penolong Pengurus Seksyen Gaya Hidup dan Sains Hayat, MATRADE.  Turut hadir mewakili Syarikat adalah Encik Mohamed Iqbal Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Encik Mohd Saharuddin Othman, Ketua Pengilangan Pharmaniaga, Encik Mohd Izwan Ishak, Ketua Kilang PMB serta Encik Akhbar Muhamad, Ketua Pembangunan Rantaian Bekalan, Pharmaniaga Logistik.