Lawatan Kerja Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia

Lawatan Kerja Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia

 

15 Disember 2022

Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia (MVPO) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke Pharmaniaga LifeScience (PLS) Sdn Bhd, di Puchong baru-baru ini. Lawatan ini diketuai oleh Dr. Mohd Azlan Zaharudin, Pengarah MVPO. Lawatan oleh pihak MVPO ini adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai perancangan PLS berkaitan pembangunan dan pengeluaran vaksin tempatan supaya ianya selaras dengan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN). Terima kasih kepada pihak MVPO atas lawatan dan perbincangan produktif bersama Pharmaniaga.