Lawatan Perdana Menteri ke Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd

Lawatan Perdana Menteri ke Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd

17 July 2021

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah membuat lawatan kerja di kilang Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) bagi menyaksikan sendiri persediaan dan proses pengilangan vaksin COVID-19 secara fill & finish pada 17 Julai 2021. YAB Perdana Menteri telah diiringi oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengerusi Pharmaniaga Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga Berhad. Pharmaniaga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana memberi kepercayaan kepada syarikat kami untuk membekalkan vaksin COVID-19 Sinovac.