Lawatan Rasmi Ahli Lembaga Pengarah PT MPI

4 February 2023

Ahli Lembaga Pengarah daripada PT Millennium Pharmacon International Tbk (PT MPI Tbk), anak syarikat Pharmaniaga di Jakarta, Indonesia telah membuat kunjungan ke ibu pejabat Pharmaniaga, Bukit Raja, Pharmaniaga Manufacturing Berhad (PMB), Bangi dan Pharmaniaga LifeScience (PLS) Sdn Bhd, Puchong, baru-baru ini atas undangan daripada Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga.  Kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan potensi produk-produk Syarikat dalam pasaran Indonesia dan strategi bagi mengembangkan lagi perniagaan Syarikat di negara tersebut.  Terima kasih kepada Bapak Joefly Joesoef Bahroeny, Presiden Komisaris, Bapak Imam Fathorrahman, Komisaris Independen, Profesor Aman B Pulungan, Komisaris Independen, Bapak Ahmad Abu Bakar, Presiden Direktor serta Bapak Mohd Fazly Hassan, Direktor PT MPI Tbk atas kesudian berkunjung ke premis kami di Malaysia.