Lawatan sambil belajar ke Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd

13 March 2023

Pelajar-pelajar Fakulti Farmasi MSU-Josai dari Universiti Antarabangsa Josai, Jepun telah membuat lawatan sambil belajar ke Pharmaniaga LifeScience (PLS) Sdn Bhd di Puchong, baru-baru ini. Lawatan ini diadakan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari operasi kilang Syarikat serta memberi gambaran secara keseluruhan mengenai industri farmaseutikal. Menerusi lawatan ini, pelajar-pelajar juga berkesempatan untuk mendapatkan nasihat kerjaya daripada pakar-pakar di Pharmaniaga. Terima kasih kepada semua pelajar kerana sudi meluangan masa untuk melawat ke premis kami dan Syarikat berharap lawatan in dapat memberi manfaat kepada mereka. Semoga berjaya!