Majlis Apresiasi Emergency Response Team (ERT)

Majlis Apresiasi Emergency Response Team (ERT)

 

8 Disember 2022

Pharmaniaga telah menganjurkan Majlis Apresiasi Emergency Response Team (ERT) baru-baru ini sebagai penghargaan keringat serta jasa anggota ERT Pharmaniaga yang sentiasa bersedia berkhidmat demi menjaga keselamatan kakitangan Syarikat di seluruh negara. Pasukan ERT yang ditubuhkan pada tahun 2005 yang lalu kini mempunyai seramai 60 sukarelawan. Mereka telah terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana termasuklah misi bantuan pasca banjir di Selangor pada tahun lepas. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope telah hadir bagi menyampaikan penghargaan kepada pasukan tersebut. Terima kasih tidak terhingga kepada semua anggota pasukan ERT atas jasa anda semua. Semoga kita sentiasa istiqamah meneruskan usaha sebegini pada tahun-tahun yang akan datang.