Majlis Berbuka Puasa Bersama dengan Anak-anak Yatim

Majlis Berbuka Puasa Bersama dengan Anak-anak Yatim

26 April 2022

Sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini, PT. Errita Pharma, anak syarikat Pharmaniaga telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dari Yayasan Al Masyiri Pondok Yatim Piatu Dan Dhuafa, Bandung, Indonesia pada 26 April 2022. Sumbangan barang makanan seperti beras, mi, gula dan duit raya turut diberikan kepada mereka sebagai persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Rasa syukur jelas terpancar di wajah anak-anak yang diraikan ini. Pihak Syarikat berharap agar sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada mereka.