Majlis Dialog Mega 2022

Majlis Dialog Mega 2022

27 June 2022

Pharmaniaga telah mengadakan Majlis Dialog Mega 2022 yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2022. Seramai 115 orang telah hadir bagi melengkapi majlis tersebut. Majlis ini diadakan bagi memberi peluang kepada pihak Syarikat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bersama-sama meneliti isu-isu berkenaan operasi Pharmaniaga serta memberi cadangan penambahbaikan terhadap perkhidmatan Pharmaniaga kepada fasiliti KKM agar ianya dapat dipertingkatkan demi kesejahteraan negara dan rakyat. Majlis telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi majlis iaitu Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Kewangan KKM, diikuti dengan ucapan daripada Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga selaku Pengerusi Bersama. Turut hadir Encik Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Encik Mohamed Iqbal Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan, Encik Abdul Malik Mohamed, Pengarah Logistik dan Edaran, Puan Norhana Nawawi Suri, Pengarah Hal Ehwal Regulatori, Puan Yang Fairuz Abdul Aziz, Pengarah Perkhidmatan Korporat serta Encik Zulhazri Razali, Pengarah Komersial.