Majlis Ibadah Qurban Pharmaniaga 2022

Majlis Ibadah Qurban Pharmaniaga 2022 

12 July 2022

Sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, pihak Surau As-Syifa Pharmaniaga, Bukit Raja telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban Pharmaniaga 2022 pada 12 Julai 2022 setelah dua tahun tidak dapat dilaksanakan. Sebanyak 12 ekor lembu telah dikorbankan dan daging korban tersebut telah diagihkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin, rumah anak-anak yatim di sekitar Selangor dan semua sukarelawan. Sukarelawan turut bergotong-royong melapah, memasak dan menjamu seekor lembu aqiqah kepada warga kerja Pharmaniaga yang hadir pada majlis tersebut. Pihak Syarikat ingin mengucapkan jutaan terima kasih, terutamanya kepada sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja dan ahli-ahli bomba Seksyen 15, Shah Alam yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis yang penuh dengan barakah ini. Semoga ibadah korban ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidiladha!