Majlis Iftar dan Tarawih

Majlis Iftar dan Tarawih 

15 April 2022

Sempena bulan Ramadan ini, Pharmaniaga telah menganjurkan Majlis Iftar dan Tarawih bersama kakitangannya di ibu pejabat yang bertempat di Bukit Raja, Selangor pada 15 April 2022. Majlis dimulai dengan tazkirah, diikuti dengan berbuka puasa, seterusnya solat Maghrib, Isyak dan tarawih. Semoga majlis ini dapat merapatkan lagi silaturrahim di antara warga keluarga Pharmaniaga, terutamanya di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Insya-Allah.