Majlis Ihya’ Ramadan IPMSB SI

Majlis Ihya’ Ramadan IPMSB SI

23 April 2022

Majlis Ihya’ Ramadan 2022 anjuran Idaman Pharma Manufacturing Sdn Bhd Seri Iskandar (IPMSB SI) telah diadakan di IPMSB SI, Perak pada 23 April 2022.
Majlis ini dimeriahkan lagi dengan penyerahan sumbangan kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 9. Sumbangan ini disampaikan oleh Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga Berhad. Turut hadir Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan, En. Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dr Abdul Razak Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan kanan Pharmaniaga. Majlis ini merupakan penutup Majlis Ihya’ Ramadan 2022 anjuran anak Syarikat Kumpulan Pharmaniaga sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Terima kasih warga keluarga IPMSB SI. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah.