Majlis Meraikan Para Penyumbang MWM 2022

Majlis Meraikan Para Penyumbang MWM 2022

2 June 2022

Sempena menjayakan program Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2022 yang akan disambut pada 24 Jun 2022 ini, pihak Syarikat telah berbesar hati menyumbangkan wang tunai sejumlah RM7,500 kepada Malaysian Press Insitute (MPI). Sesi penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato’ Zuhri Iskandar Kamarzaman, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Korporat, semasa Majlis Meraikan Para Penyumbang MWM 2022 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, pada 2 Jun 2022. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meraikan wartawan dan pengamal media yang telah berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang.