Majlis pelancaran kempen ‘Do It Right Always’ (DIRA)

9 February 2023

Majlis pelancaran kempen ‘Do It Right Always’ (DIRA) telah berlangsung dengan jayanya di ibu pejabat Pharmaniaga, Bukit Raja, Shah Alam. Untuk makluman, majlis ini diadakan bagi penjenamaan semula kempen DIRA yang bermula pada tahun 2014 yang lalu dan telah melalui beberapa tranformasi mengikut objektif Syarikat. Kempen terkini menerapkan nilai-nilai ESG dalam budaya kerja di Pharmaniaga supaya Syarikat serta seluruh warga kerja Pharmaniaga dapat meperolehi faedah dan perlindungan untuk jangka masa panjang. Pelancaran tersebut turut merasmikan pelantikan seramai 42 Ahli Jawatankuasa Pemacu DIRA yang terdiri daripada ketua-ketua kilang, cawangan, jabatan dan kakitangan kanan serta wakil daripada organisasi Kelab yang berdaftar dibawah Pharmaniaga untuk merancang implementasi, mengemudi dan memantau keberkesanan program. Terima kasih kepada warga kerja yang telah hadir bagi memeriahkan majlis. Semoga pelancaran kempen DIRA Culture dapat memupuk lagi semangat kelestarian dan ESG di seluruh lapisan Syarikat.