Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang

 

17 August 2022

Sekitar kemeriahan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan 2022 dan Sambutan Jubli Emas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ke-50 yang dianjurkan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2022.

Di majlis itu, YBhg Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga Berhad telah menyerahkan sumbangan wakalah berjumlah RM200,000 kepada Yayasan LTAT yang diterima oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Kanan Malaysia dan disaksikan oleh YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan; YBhg Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; serta YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang, Panglima Angkatan Tentera. Turut hadir YBhg Dato’ Najmuddin Abdullah, Ketua Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Pharmaniaga Berhad.