Majlis Pelancaran Program Roadshow

Majlis Pelancaran Program Roadshow

 

1 November 2022

Majlis Pelancaran Program Roadshow Sempena Ulang Tahun Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ke-50 telah diadakan di Dewan Sepanggar, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Perasmian ini telah disempurnakan oleh Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, Timbalan Panglima Tentera Laut. Sebagai salah satu anak syarikat di bawah kumpulan LTAT, Pharmaniaga telah turut serta bagi memeriahkan program dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan percuma, peraduan ‘Spin and Win’ dan pameran produk-produk Pharmaniaga seperti Actimol, Citrex Multivitamins, Citrex Kids Vitamin C, dan Baraka. Turut hadir Encik Zulkifli Jafar, Pengarah Eksekutif Kumpulan Pharmaniaga.