Majlis Pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030

Majlis Pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030

6 December 2021

Pharmaniaga telah menyertai Majlis Pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) anjuran Jabatan Perdana Menteri dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) pada Isnin, 6 Disember 2021. Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri. Objektif utama TPB2030 adalah untuk memperkasakan ekonomi negara dan sosioekonomi usahawan Bumiputera bagi memastikan kelestarian dan kesaksamaan antara kaum dapat dicapai seiring dengan agenda dan dasar Kerajaan. Bahagian Perancangan Strategik (Pharmaniaga), Pristine Pharma Sdn Bhd dan Paradigm Industry Sdn Bhd mewakili Pharmaniaga sebagai salah satu pempamer dalam majlis tersebut yang diketuai oleh Encik Mohamed Iqbal Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga.

b5d4c2c2-acdd-435f-82f4-eeb80b336129
e580b44d-b19b-431c-a818-221ad5af13c7
fef313b8-df4e-4c9a-a105-8527963cca52
93899d6c-2062-4c19-bd70-dec9fa817a6a
d22a5954-8e45-4d8d-962d-8e9f3a12cbf5
979a690d-0ffd-4c07-8a8e-48a1a595f423