Majlis Penutup Program Roadshow Sempena LTAT Ke-50

Majlis Penutup Program Roadshow Sempena Ulang Tahun LTAT Ke-50

 

10 Disember 2022

Majlis Penutup Program Roadshow Sempena Ulang Tahun LTAT Ke-50 yang diadakan di Dewan Garison, Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan pada 10 Disember 2022 lalu telah berlangsung dengan penuh kemeriahan. Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Panglima Divisyen Ketiga Infantri, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid. Kemuncak majlis ini diakhiri dengan pengumuman pemenang-pemenang bagi Kempen Cabutan Bertuah Aplikasi MyWira yang berpeluang untuk membawa pulang sebuah kereta Proton X50, Iphone 14, motosikal Yamaha Ego Gear diikuti dengan pelbagai hadiah menarik daripada penaja-penaja yang terlibat termasuk Pharmaniaga. Turut hadir, Datuk Zulkarnain Md Eusope, Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga.