Majlis Penyampaian Sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin

19 October 2023

Susulan krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza, Kumpulan Syarikat-syarikat di bawah pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang terdiri daripada Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), Affin Group (Affin), dan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang terkesan dengan memberi sumbangan berjumlah RM100,000. Sumbangan ini telah diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di dalam sebuah Majlis Penyampaian Sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di Putrajaya hari ini. Sumbangan ini bertujuan memberikan bantuan kemanusiaan dan meringankan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Palestin, khususnya dalam perubatan, makanan dan penyelenggaraan infrastruktur kritikal di negara itu. Penyampaian sumbangan ini telah dilakukan oleh Pengerusi Pharmaniaga, Encik Izaddeen Daud; Ketua Penyeliaan Syariah Affin Islamic Bank, Encik Mohd Faiz Rahim dan Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol.