Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 

14 April 2022

Pihak Syarikat telah menyumbangkan wang tunai sejumlah RM100,000 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Raya Aidilfitri pada 14 April 2022 di Auditorium Wisma Pertahanan. Sumbangan ini sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan warga ATM yang sentiasa berjuang demi keamanan negara. Sesi penyampaian telah disempurnakan oleh Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, Pengerusi Pharmaniaga kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan.